Click Here!

Sunday, 8 May 2011

Halal vs Haram

pagi ni tadi aku terbaca tentang isu makanan & product2 yang halal & haram. itu pun aku dapat lepas singgah2 dekat blog one of my friend. so sepanjang pagi ni aku memikirkan pasal benda ni.. sebab banyak sangat barang yang dikhuatiri haram, and ada yang memang haram terus...so selama ni aku pakai syampu & shower cream yg di dalamnya mengandungi babi (yukk!). sekarang aku pakai dove & shower cream plak lifebouy. ehmm, no wonder la bagus sangat lepas pakai..euuww! bila difikir2kan, selama ni aku mandi & syampu guna babi...huhuhu!!!
so dah banyak sgt rupanya product2 yang tak halal dan mengelirukan. kadang2 product yg kita guna & makan hari2 tu rupa2nya mengandungi binatang tu..so secara tidak langsung memang ramai dh muslim ni consume binatang tu kan (secara tak sedar). and satu lagi yang aku hairan. makanan yang ada binatang tu mesti sedap rasanya. ambik contoh la cheese slice. oopps! rupa2nya dalam ingredient cheese tu ada rennet (enzyme). ish,dahla aku tengah makan masa baca artikel tu. terus aku stop makan cheese tu. tapi nasib baik la aku bukan hantu cheese. tak minat sangat pun. tapi satu benda yang aku suka, oreo. selama ni aku makan mmg tak tengok whether ada tanda halal or not. memang sah2 takde rupanya. dahla sedap giler! entah2 oreo tu pun diorang pakai tu jugak. lepas ni apala aku nak makan?? huhu..kalau macam ni la, baik kita tanam sayur sendiri, ternak ikan, ayam, lembu sendiri. nanti nak sembelih, sendiri jugak. so status makanan tu tak meragukan.. ehmm, kalau la boleh mcm tu kan.. selama ni penat2 je nak elak dr terconsume binatang tu & alcohol. tapi last2 terkena jugak.. ciss!!
untuk elak kan benda ni, kita tak boleh jugak nk 100% bergantung dengan JAKIM JAIS suma tu. kalau setakat nk harapkan logo halal kat mana2 product, tak payah je la. logo tu buat sendiri pun boleh. sampaikan ada makanan yang memang sah2 babi, tapi kat bawah ada logo HALAL. bongok betol! so in my opinion la, negara2 islam terutamanya malaysia perlukan orang islam sendiri untuk produce product2 seperti makanan (daging merah, ayam, ikan etc), minuman (soya, minuman ringan), toiletries (syampu, shower cream, sabun, pencuci muka), kosmetik & macam2 lagi la. lepas tu government wajib tolong diorang untuk promosikan products halal ni. aku hairan jugak dekat malaysia ni kalau bumiputera yang punya products, memang susah betul nak diterima oleh masyarakat. even kita sendiri sebagai bumiputera, especially yang muslim pun susah nk beli. nak pandang sebelah mata pun tak nak..iaikan pulak nak beli..memang dah sah2 product dikilangkan secara halal, nak jugak pilih barangan import & berjenama. halal entah ke mana. biasalah kan, persepsi orang kita ni, barangan import lebih berkualiti sampai sanggup bazir duit berganda2 dari baranga yang halal ni. dan satu lagi consumer behavior yang aku study dlm marketing dulu, consumer lebig percaya and willing to buy product yang brand dia memang dah terkenal kat tempat diorang. so new product yang masuk market susah nk dapat tempat, apalagi kalau product tu bumi yang buat (sebab aku pun macam tu!). thats why products yang terbukti halal ni susah nak dapat tempat kat hati orang2 macam aku.huhu...so lepas ni jangan salahkan kerajaan or JAKIM dan pihak2 yang tertentu kalau kita terbeli products yang tak halal. sebab dah sah2 salah sendiri.
satu lagi pasal production of mihun kering dan sewaktu dengannya, sampai ada yang di produce dekat dengan kilang babi. dahla packaging pulak siap guna nama melayu/islam, alamat pulak guna alamat orang lain. lepas tu ada lagi tanda halal kat situ. kalau yang products macam tu aku tak tau la salah sapa. okla, untuk reference, ni ada link untuk halal guide so that kita boleh tau apa yang ada dalam products harian kita.

2 comments:

  1. saya k dove juak..haha..wangi bah

    ReplyDelete
  2. hahaha..nndk lmbt jak rmbt...ada 'gajah swk' dhl dlm ya...

    ReplyDelete